Helsinki

Suomi فارسی Tiếng Việt Galego Magyar Nederlands Slovenščina Српски / Srpski Norsk (Bokmål) Português ไทย Română Français Euskara Català Lietuvių Svenska 日本語 Nynorsk Español Slovenčina 中文 Dansk Čeština Deutsch Italiano Hrvatski Українська Ελληνικά हिन्दी English Русский 한국어 Eesti Polski العربية Türkçe עברית

Helsinki
Wikipedia

Helsinki (dalam bahasa Finland), Helsingfors (dalam bahasa Sweden) adalah ibu negara dan bandar terbesar negara Finland. Ia terletak pada 60°10′U 24°56′T, di sebelah selatan Finland di kawasan pantai Selat Finland, di Laut Baltik. Helsinki mempunyai penduduk seramai 564,643 (31 Ogos 2006). Helsinki ialah salah sebuah bandar di dalam kawasan yang dinamakan Daerah Ibu Kota (Pääkaupunkiseutu). Bandar-bandar jiran Helsinki yang termasuk dalam kawasan ini adalah Espoo, Vantaa dan Kauniainen. Tampere, kawasan bandar kedua terbesar di Finland, terletak kira-kira 180 kilometer di utara Helsinki. Daerah Ibu Kota ini mempunyai penduduk seramai 997,291. Kawasan Helsinki Besar (Suur-Helsinki) pula mengandungi beberapa lagi bandar-bandar di keliling Daerah Ibu Kota dan mempunyai penduduk seramai 1,293,093. Ini bermakna satu perempat daripada penduduk Finland tinggal di kawasan metropolitan Helsinki ini .




Impressum